Followers

Saturday, August 21, 2010

KENAPA SUKA BUAT MAKSIAT DALAM TANDAS?


Kenapa Suka Buat Maksiat Dalam Tandas?
Cikgu Jan sedang mengajar subjek Bahasa Melayu dalam kelas tingkatan 5, beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing-masing tentang tajuk " Mengapa Remaja Selalu Melakukan Maksiat di Dalam Tandas Awam"

Wani : Pada pendapat saya remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan menyewa hotel.

Ali: Saya tidak bersetuju!! Sebab ada di kalangan mereka yang berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Wawa: Mengikut firasat tok guru saya...Mereka ini kelam kabut atau dikategorikan sebagai tak tahan hingga tidak sempat mencari hotel ataupun tempat yang lebih sesuai dan yang paling penting mereka ini cetek tentang pengetahuan agama cikgu!

Mat: Saya bangkang sama sekali cikgu bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Wawa: Kenapa?? Bukankah mereka yang sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama ataupun tidak tahu menghayatinya.

Cikgu Jan: Kenapa kamu tidak setuju dengan pendapat Wawa tadi?

Mat: Sebenarnya mereka sangat arif tentang agama. Sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas dan jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Jan: (Dalam hati) Rosak murid aku sorang ni!!

No comments:

Post a Comment

like